HAWANA 2024: PERDANA MENTERI ADAKAN PERJUMPAAN DENGAN WARTAWAN MEDIA ASING DI HAWANA

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim having a light moment with representatives from the international media during the National Journalists' Day (HAWANA) 2024 celebration. Also present Malaysian National News Agency (BERNAMA) Chairman Datuk Seri Wong Chun Wai.

27/05/2024 05:31 PM

KUCHING, 27 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa berjumpa dengan beberapa wartawan asing yang menyertai sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 di sini hari ini.

Perjumpaan selama kira-kira 15 minit itu turut dihadiri Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Ketua biro Al Jazeera Kuala Lumpur Samer Fariq Mohammad Allawi yang turut serta dalam perjumpaan itu berkata Perdana Menteri berkongsi pendapatnya mengenai beberapa topik termasuk kebebasan media dan isu geopolitik dalam perjumpaan itu. 

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim having a light moment with representatives from the international media during the National Journalists' Day (HAWANA) 2024 celebration. Also present Malaysian National News Agency (BERNAMA) Chairman Datuk Seri Wong Chun Wai.

“Perdana Mernteri Anwar bermurah hati bertemu wartawan asing di Malaysia. Beliau bercakap mengenai isu geopolitik di Asia Tenggara dan pandangannya mengenai kestabilan rantau ini.

"Beliau juga menyuarakan sokongan kepada kebebasan media dan hadnya, ia adalah perbincangan ringkas, tetapi cukup baik," katanya kepada Bernama.

Turut hadir dalam perjumpaan itu ialah Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) Datuk Abdullah Saidol, Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Seri Wong Chun Wai, Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Nur-ul Afida Kamaludin dan ketua pengarang Bernama Arul Rajoo Durar Raj.

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim having a light moment with representatives from the international media during the National Journalists' Day (HAWANA) 2024 celebration. Also present Malaysian National News Agency (BERNAMA) Chairman Datuk Seri Wong Chun Wai.

Kira-kira 1,000 peserta yang terdiri daripada pengamal media dari Malaysia dan 12 negara lain menyertai HAWANA 2024.

Wartawan serta wakil pertubuhan dan kelab media dari Malaysia, Indonesia, Singapura, Filipina, Brunei, Vietnam, Kemboja, Timor Leste, China, Korea Selatan, Qatar, Perancis dan Kuwait itu telah berkumpul di Kuching sejak Sabtu untuk HAWANA 2024, yang diadakan buat pertama kalinya di Bumi Kenyalang ini.

Perhimpunan terbesar wartawan Malaysia itu dianjurkan oleh Kementerian Komunikasi dengan kerjasama kerajaan negeri Sarawak, dengan Bernama sebagai agensi pelaksana.

Pelbagai program dan aktiviti telah diatur untuk memeriahkan sambutan.

-- BERNAMA