RAKAN STRATEGIK
RAKAN KERJASAMA
Video
KLIK UNTUK PAPARAN LANJUT
Sambutan HAWANA 2026: Pesta Pantun HAWANA-DBP 2026
PLAY VIDEO
HAWANA 2026: Angkat Pantun Sebagai Kandungan Pemberitaan, Perkaya Kaedah Penyampaian Maklumat
PLAY VIDEO
20260430 HAWANA基金保障媒体人 政府拨款予机构助推AI转型
PLAY VIDEO
20260425 HAWANA强化媒体战略合作 关爱基金已惠及727媒体人
PLAY VIDEO
Permainan Tradisional meriahkan Karnival Sukan HAWANA 2025
PLAY VIDEO
Karnival Sukan HAWANA 2025 eratkan hubungan Pengamal Media seluruh negara
PLAY VIDEORASIONAL LOGO HAWANA 2026

Konsep Asas
Logo HAWANA 2026 menampilkan negeri Pulau Pinang sebagai tuan rumah dengan mengangkat elemen Jambatan Pulau Pinang sebagai simbol identiti negeri yang kaya dengan sejarah, warisan dan kemodenan. Jambatan Pulau Pinang melambangkan hubungan, kesepaduan dan kemajuan, sejajar dengan peranannya sebagai penghubung ekonomi dan sosial negara.
Warna Kebangsaan
Penggunaan warna merah, biru dan kuning yang diinspirasikan daripada Bendera Malaysia mencerminkan perpaduan, kepelbagaian budaya serta kesatuan Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Secara keseluruhan, logo ini menggambarkan aspirasi HAWANA sebagai wadah penyatuan warga media dan masyarakat dalam mendukung pembangunan negara yang inklusif dan mampan.
GALERI
e-Buletin HAWANA
TUJUAN
HAWANA diadakan sebagai satu bentuk pengiktirafan dan penghargaan tertinggi kepada pengamal media di Malaysia.
Media merupakan perantara yang amat penting dalam pembangunan dan perpaduan negara serta kesejahteraan rakyat. Ia berperanan merangkumi segala bidang yang melibatkan masyarakat termasuk ekonomi, politik, pendidikan, hiburan, agama, sains, teknologi, kebajikan dan kesejahteraan manusia, persekitaran dan ekologi.
Sambutan HAWANA antara lain boleh:
- Mendedahkan profesion pengamal media kepada umum.
- Menjadi platform pengamal media untuk berkongsi pendapat.
- Dijadikan acara tahunan / kalendar utama di Malaysia.
- Mempromosi serta memperkenalkan bandar-bandar utama Malaysia yang dipilih menjadi lokasi penganjuran HAWANA.
- Meningkatkan pembangunan dan pertumbuhan industri media Malaysia.
- Mempromosikan warisan, budaya dan keunikan negara.
- Mempromosi produk dan perkhidmatan kerajaan.
Kerajaan dan rakyat memerlukan maklumat dan sumber yang disalurkan media mengenai segala perkara yang berlaku di dalam dan luar negara.
Lokasi
Lokasi:
Pusat Konvensyen PICCA, Pulau Pinang, Malaysia
Sebarang pertanyaan sila emel ke:
hawana@bernama.com




























